Friday, September 16, 2011


Wanita Sememangnya Sangat Unik


Bagi semua lelaki di luar sana yang masih tak tahu yang sebenarnya wanita adalah sangat UNIK, memang digalakkan untuk membaca ini.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

21. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

22. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

23. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

24. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

25. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

26. Senjata wanita adalah airmata!!

27.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

28. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Kenali Watak Suami Dari Segi Ciuman

Suka cium dahi isteri = suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri = suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri = suami yang bernafsu.
Suka cium tengkuk isteri = suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri = suami yang sensitive.
Suka cium leher isteri = suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri = suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri = suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri = suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium kemaluan isteri = suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri = suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri = suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bagian badan isteri = suami yang mementingkan diri.

Suka cium seluruh bagian badan isteri = suami yang baru balik dari tugas lama di luar kota

Wednesday, September 14, 2011


soo young & hyoyeon



love her style


Cara Pikat Suami Supaya Terus sayang


Berikut saya kongsikan bersama anda 6 cara yang berkesan dan mudah untuk anda amalkan sebagai seorang isteri.
Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama
Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan. Itu memang saya akui dan kita juga harus akuinya. Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.
Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia
Maksud saya, bukanlah anda perlu ikat perut suami anda dengan tali dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye.Maksud di sini ialah anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan.
Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.
Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.
Cara 3: Luahkan kata-kata cinta
Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.
Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda
Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua telibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.
Cara 5: Gunakan panggilan manja
Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey,abang, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.
Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia
Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda. Jangan pula anda tolak pelawaan suami anda pula ye jika dia meminta